Home » » Membuat Cerita Fiksyen (Kisah-kisah Khayalan)

Membuat Cerita Fiksyen (Kisah-kisah Khayalan)

Written By beni handoko on Jumat, 19 Oktober 2012 | 21:11


Membuat Cerita Fiksyen

HUKUM MEMBUAT CERITA FIKSYEN (Kisah-kisah Khayalan)


Terjemahan
Soalan:
Adakah boleh bagi seseorang menulis cerita-cerita khayalan, semua yang ditulis pada hakikatnya adalah dusta akan tetapi dilakukan sebagai cerita buat kanak-kanak untuk dibaca dan diambil pengajaran?
Jawapan:

DiHARAMKAN atas seorang Muslim untuk menulis cerita-cerita dusta ini dan pada kisah-kisah al-Quran dan hadis-hadis Nabawi dan selain keduanya yang menceritakan realiti dan kejadian sebenar sudah mencukupi sebagai iktibar dan nasihat yang baik.


Wa billahit Taufiq Wa Sollallahu ‘ala Nabiyyina Muhammad wa Alihi wa Sohbihi wa Sallam.


Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi
Ketua: Abdul Aziz bin Abdullah Ibn Baz
Naib Ketua: Abdul Razzaq ‘Afifi


Sumber: Fatwa Lajnah Tetap Untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi, No. Fatwa: 6252. Soalan ke-7, jil. 12, m.s 187.


Komentar:
Termasuk dilarang juga menjadikan cerita-cerita dongeng dan khayalan (fiksyen) ini sebagai Wasilah Dakwah sama ada dalam bentuk cerpen, novel, dan sebagainya. Wasilah Dakwah adalah Tauqifiah yakni: “Apa-apa wasilah dakwah yang tidak digunakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sedangkan adanya keperluan menggunakannya dan tiada halangan daripada baginda melakukannya maka ia dilarang digunakan” apatah lagi jika wasilah itu sendiri pada hukum asalnya adalah dilarang secara syar’ie maka tidak boleh dijadikan sebagai wasilah dakwah kerana dakwah adalah Ibadah.


Terjemahan & Komentar oleh:
Muhammad Asrie bin Sobri
Universitas Islam Madinah Nabawiah.





Share this article :

0 komentar:

Posting Komentar

Followers

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Al-Indunisi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger